Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 1.35 pagi.

"Sebanyak 48 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terdiri daripada BBP Titiwangsa, Pudu, Sentul dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, L. Logeswaran, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.44 pagi, terdapat kira-kira 30 unit gerai sudah terbakar sepenuhnya.

"Kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi.

"Kerja-kerja pemadaman 'overhaul' sedang dijalankan dan unit Siasatan Kebakaran telah berada dilokasi kejadian untuk menyiasat punca kebakaran tersebut," katanya. - UTUSAN ONLINE