Kemalangan tersebut berlaku di lebuhraya berhampiran Rampur, 120 kilometer dari ibu negeri Shimla, kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan.

Bas berkenaan yang membawa kira-kira 40 penumpang dengan seorang pemandu dan konduktor dalam perjalanan dari Reckong Peo di daerah Kinnaur menuju bandar pelancongan Solan ketika kejadian berlaku.

Pemandunya dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas terbabas sebelum terjunam kira-kira 200 meter ke tebing sungai Sutlej.-BERNAMA