Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, tiga daripada mangsa yang maut ialah pemandu Proton Waja, Mukhtar Hassan, 62; isterinya, Khatijah Hussin, 61, dan cucu pasangan itu, Ahmad Fakhrul Muslim Ahmad Ridhwan, 2.

Seorang lagi yang maut ialah pemandu Perodua Myvi yang juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Muhamad Samsol Kamal Mat Arifin, 22.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, dua lagi penumpang Proton Waja iaitu Zalimawati Mukhtar, 34, dan Zulaikha Basyirah Ahmad Ridhwan, 10, menerima rawatan di Hospital Lipis dan berada di zon merah.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi yang dipandu Mukhtar gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan Proton Waja di lokasi kejadian.

‘‘Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,’’ katanya.