Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pulai, Azrai Yahya berkata, seramai 14 anggota dari Taman Universiti dan Kulai bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian.

“Menurut seorang jiran yang juga saksi kejadian, kebakaran bermula daripada bahagian depan sebuah rumah sebelum ia merebak ke dua lagi rumah bersebelahan.

“Api berjaya dikawal pukul 9.48 pagi dan dipadam sepenuhnya pukul 10.21 pagi. Rumah yang dipercayai menjadi punca kebakaran terbakar kira-kira 70 peratus manakala dua lagi rumah kira-kira 10 dan 30 peratus,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Menurut Azrai, kebakaran turut menyebabkan dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Kelisa serta dua motosikal jenis Yamaha LC 135 dan Yamaha 125 terbakar.

Katanya, punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE