"Seorang lelaki dan wanita terbunuh apabila beberapa buah rumah ranap dan pokok tumbang di Vishakapatnam," kata seorang pegawai di bililk kawalan daerah.

Dalam perkembangan lain, portal berita indiatimes.com melaporkan, Taufan Vongfong turut membadai kepulauan selatan Okinawa, Jepun dengan membawa bersama hujan lebat, menyebabkan 35 orang cedera.