Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu ialah pemandu lori, Kamaruddin Mohamed, 37, pemandu kende­raan pacuan empat roda, Tan Kok Ton, 44, dan penumpang hadapannya, Ngoh Kam Wah, 51.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian berlaku ketika lori membawa muatan batu itu dalam perjalanan dari Lipis menghala Bentong manakala kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu pacuan empat roda yang dipercayai berada dalam keadaan mengantuk memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

“Pertembungan itu mengakibatkan ke­­tiga-tiga mangsa me­ngalami kece­de­­raan parah dan me­ninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azry Akmar, mayat mereka dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan tempat kejadian merupakan jalan berselekoh dan cuaca baik serta permukaan jalan kering.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah akibat ken­deraan pacuan empat roda yang memasuki laluan bertentangan dan siasatan masih dilakukan,” katanya.