Mangsa yang maut dalam nahas itu ialah pemandu lori, Kamaruddin Mohamed, 37, pemandu kenderaan pacuan empat roda ,Tan Kok Ton, 44, dan penumpang hadapan kenderaan tersebut, Ngoh Kam Wah, 51.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian kira-kira pukul 1 petang itu berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan daripada Lipis ke Bentong manakala kenderaan pacuan empat roda berkenaan dari arah bertentangan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu pacuan empat roda dipercayai berada dalam keadaan mengantuk menyebabkan kenderaan itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori.

"Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE