Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang maut ialah Cheah Chen Kon, 45, Cheng Boon Seng, 49, dan Tan Eng Keng, 49, manakala pemandu yang cedera itu berusia lingkungan 40-an.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu yang mengalami kecederaan ringan diberi rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, siasatan awal mendapati kenderaan tersebut yang menghala ke arah Rengit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pokok di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal, polis percaya mengantuk dan mabuk adalah punca pemandu gagal mengawal keretanya yang terbabas dan mereka difahamkan baru selesai menghadiri majlis makan malam yang menghidangkan minuman keras.

“Kes bagaimanapun masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE