Kemalangan kira-kira pukul 7.20 pagi antara kereta Proton Saga dengan Perodua Viva itu mengorbankan Zaimah Abdul Rahman, 54, serta Rohimah Baru, 53, dan adik tirinya, Kamariah Draman, 44.

Kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Zaimah yang memandu kereta Perodua Viva berseorangan merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Awang Jabar di sini dan dikatakan dalam perjalanan ke sekolah bagi menghadiri kelas tambahan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - UTUSAN ONLINE