Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abduh Ismail berkata, kemalangan pada pukul 12.20 tengah malam itu melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal. 

"Kemalangan dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta dengan motosikal sebelum sebuah kereta lain gagal mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan.

"Akibat kejadian itu, tiga maut, iaitu seorang penumpang daripada kedua-dua kereta terlibat serta penunggang motosikal," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. 

Mangsa yang maut ialah Rafe'ah Jaffar, 57, Raveena Christy Rentap, 20, dan Dedi Irawan, 19. - UTUSAN ONLINE