Jurucakap bomba berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya 7 diketuai Gilbert Majem dihantar ke lokasi kebakaran sebaik sahaja mendapat laporan pada pukul 8.08 malam.

Katanya, tiba di tempat kejadian pada pukul 8.26 malam, tiga kereta diletak di tepi jalan didapati sedang terbakar.

“Tiga kenderaan terlibat dalam insiden itu ialah sebuah Proton Iswara yang musnah 80 peratus serta Proton Gen 2 dan Hyundai yang terbakar 100 peratus.

“Pihak bomba bertindak melakukan pemadaman dan api terkawal pada pukul 8.29 malam ,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Beliau berkata, insiden kebakaran itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan, manakala punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE