Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 pagi itu, van Toyota Hiace berkenaan yang dipandu seorang wanita dalam perjalanan membawa 13 pelajar ke sebuah sekolah yang terletak berhampiran.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.40 pagi sebelum tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

“Dalam kejadian ini pemandu van serta dua pelajar cedera dan mereka telah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan,” katanya di sini. - UTUSAN ONLINE