Menurut seorang saksi, Norazila Sahbari, 25, dia mendengar bunyi yang sangat kuat sehingga anaknya turut menangis.

Risau dengan keadaan itu, Noraliza bergegas berlari keluar mendapatkan anaknya dan melihat kren tersebut sudah jatuh dan menghempap kereta.

Sementara itu, seorang mangsa yang terselamat, Zukri Hussin, 57, yang sedang menunggu di dalam kereta Mercedes tersebut memberitahu kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.30 tengahari.

“Kren itu tumbang sewaktu saya berada di dalam kereta dan berhenti di bahu jalan. Akibat kejadian itu, saya mengalami kecederaan di bahagian tangan akibat terkena serpihan kaca,” katanya di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan, UDA Holdings Berhad (UDA) telah memaklumkan kepada pihak terbabit untuk menutup kawasan tersebut dengan segera.

“Siasatan terperinci akan dijalankan dan maklumat lanjut akan diberikan setelah semua kerja-kerja siasatan tamat,” katanya. - UTUSAN ONLINE