Anak sulung mereka, Khai­rul Anuar, 47, berkata ibu bapa dan adiknya yang tinggal di Kampung Awah, Paloh Rawa, Machang tiba di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B, di sini secara mengejut kira-kira pukul 8 malam, semalam.

“Saya terperanjat melihat me­reka sudah ada di depan pintu. Biasanya mereka akan beritahu lebih awal jika mahu datang. Arwah ayah dan ibu kata mereka datang kerana tiba-tiba begitu rindukan saya sebab sudah le­bih sebulan tak berjumpa

“Malam tadi kami sempat berbual dan keada­an mereka bertiga ceria seperti biasa. Kami turut berbual tentang adik lelaki ketiga saya yang akan berkahwin bulan depan,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.

Khairul Anuar berkata, tiga beranak itu bertolak pulang ke kampung pada pukul 7.30 pagi ini kerana Gayah mempunyai temujanji dengan doktor di Hospital Machang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Sebenarnya saya sudah beberapa kali pesan mereka tak perlu datang ke Gua Musang ke­rana bimbang berlaku kejadian tidak diingini. Hancur hati saya apabila kehilangan ayah, ibu dan adik sekali gus. Bagaimanapun saya reda dan terima ketentuan Allah SWT,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 8.40 pagi ini, kereta Pe­rodua Viva dipandu Siti Rasyidah dikatakan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan barangan runcit yang datang dari depan.

Ketiga-tiga mangsa maut di lokasi nahas akibat tersepit dalam kenderaan dan pasukan bomba dan penyelamat mengambil ma­sa selama setengah jam untuk mengeluarkan mereka.