Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Dungun berkata, setakat pukul 10.30 pagi ini, seramai 106 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Pasir Raja manakala di Dewan Orang Ramai Kampung Shukor (175 mangsa).

Bagaimanapun, katanya, pusat pemindahan sementara di Surau Kampung Besol Lama yang dibuka semalam kira-kira pukul 9 malam tadi ditutup sepenuhnya kira-kira pukul 8.15 pagi ini.

Sementara itu, paras air di Sungai Dungun mencatatkan paras bahaya di Stesen Pasir Raja dan Kuala Jengai berikutan trend menaik yang direkodkan pagi ini. - UTUSAN ONLINE