Pegawai daerah, Datuk Azlan Mohd. Yaman berkata, kesemua mangsa daripada Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Buloh serta dari Mukim Mentakab 1 mula dipindahkan secara berperingkat pada pukul 4 petang semalam.


“Seramai 22 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor manakala seramai lima orang daripada dua keluarga berada di pusat pemindahan sementara Dewan Kampung Sungai Buloh.


“Kita masih terus melakukan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk setempat,”katanya di sini hari ini.


Katanya, pada masa ini cuaca adalah baik dan air sungai Semantan yang berada pada paras 50.18 meter menunjukkan trend menurun. - UTUSAN ONLINE