Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah berkata, mereka yang terlibat merupakan penduduk dari Kampung Lonek, Kampung Gajah Mati dan Kampung Serampang Indah.


“Kawasan tersebut mula dinaiki air sejak awal pagi berikutan hujan yang berpanjangan mulai malam semalam. 


“Kesemua penduduk dari tiga kampung itu kini ditempatkan di balai raya di kampung masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sementara itu, beberapa kawasan lain antaranya Kampung Air Dedali, Kampung Baru Peladang, Kampung Sungai Taling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir turut dinaiki air tetapi sehingga kini tiada mangsa dipindahkan. - UTUSAN ONLINE