Menurut Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Wan Chil Ariffin, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 4.35 pagi.

“Seramai 21 orang anggota ditugaskan memadam kebakaran itu dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6 pagi,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, tiada kecederaan dalam kes berkenaan dan punca kebakaran sedang disiasat. - UTUSAN ONLINE