Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan di Dewan PDK Lorong Telekom yang mula dibuka sejak pukul 4 pagi.


“Hujan lebat berterusan melebihi dua jam sejak tengah malam tadi sehingga menyebabkan limpahan air dari sistem perparitan berdekatan kawasan perumahan.


“Daripada 23 mangsa itu, 15 adalah lelaki termasuk kanak-kanak dan seorang orang kurang upaya (OKU) dan bakinya wanita dewasa, kanak-kanak serta warga emas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.


Ayub berkata, pemantauan paras air diteruskan oleh semua pihak terlibat di lokasi kerana hujan masih berterusan. - UTUSAN ONLINE