KUALA LUMPUR-13 JUN 2011, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bercakap
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tiada sebarang kecederaan melibatkan pelajar dan rakyat Malaysia dalam insiden itu semalam.

“Kesemua 22 pelajar Malaysia yang berada di kawasan itu semalam telah pun pulang ke Malaysia. Alhamdulillah,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Lantai mezanin berdepan lobi utama bangunan Bursa Saham Indonesia di Jalan Sudirman, Senayan, Jakarta Pusat semalam runtuh ke ruang lobi bangunan tersebut dan insiden itu telah mengakibatkan kira-kira 80 orang cedera. - UTUSAN ONLINE