Pegawai Kanan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Yusri Abdullah Sani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.24 petang itu, bas berkenaan dalam perjalanan turun daripada Genting Highlands.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan kereta jenis Honda yang mana melibatkan 16 warga China dan Thailand di dalam bas dan empat mangsa di dalam kereta.

“Kesemua mangsa termasuk pemandu dan kelindan bas mengalami cedera ringan dan tiada mangsa yang tersepit,” katanya di sini hari ini.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE