Kedai yang terlibat adalah bengkel membaiki motosikal, kedai runcit, kedai menjual makanan dan kedai menjual kad tambah nilai prabayar.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Bahtiar Selamat, pihaknya menerima panggilan pukul 5.07 pagi sebelum tiga jentera dan 15 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru dan Balai Bomba dan Penyelamat Rengit dikejarkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan 15 anggota bagi memadamkan kebakaran," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Rosli Abd. Aziz, 45, sempat menyelamatkan diri selain kereta dan motosikal apabila melihat api mula marak dari kedainya.

"Api marak begitu cepat berikutan binaan kedai dibuat dari kayu dan telah berusia 20 tahun," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE