Mengikut laporan awal, mangsa, Dominick Tan Chang Xiang, 27, dan Lum Jie, 27, berjaya ditemukan pukul 11.24 pagi menerusi tinjauan udara oleh pasukan SAR menggunakan helikopter.


Kedua-dua mangsa yang ditemukan di kawasan empangan di gunung berkenaan diselamatkan menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


Akhbar kelmarin melaporkan kedua-dua mangsa mula mendaki hutan lipur berkenaan pukul 12.05 tengah hari Isnin lalu sebelum dilaporkan membuat panggilan kecemasan pukul 5.55 petang. - UTUSAN ONLINE