Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 20 dan 19 tahun ditemukan berdekatan Bukit Lapan Belas kira-kira pukul 2.40 pagi. 

“Petang semalam mangsa berjaya dihubungi menerusi telefon dan memaklumkan berada di sebuah pondok.

“Bagaimanapun hasil dari usaha bersama pasukan penyelamat telah berjaya menemukan mereka kira-kira satu kilometer dari Gunung Tok Wan tanpa sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Othman berkata, mangsa dibawa turun pada 8 pagi tadi untuk dihantar ke Hospital Kajang bagi menerima rawatan - UTUSAN ONLINE