Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintenden Bingkok John berkata, mangsa yang maut ialah Audrey Kymberlee Patrick, 28, manakala identiti seorang lagi belum diketahui.

Menurutnya, pemandu kereta jenis Toyota Vios berusia 27 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Serian menuju ke pusat bandar raya ini.

“Tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa tiba-tiba terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta di laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE