Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, kedua-dua mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti mereka gagal menyelamatkan diri selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki terperosok di bawah lori muatan hampas soya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung nahas berkenaan kira-kira pukul 10.55 malam.

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dan ‘water tanker’ dengan kekuatan seramai enam anggota terlibat dalam operasi tersebut.

“Berdasarkan maklumat terdapat sebuah kereta terperosok di bawah lori. Dua mangsa rentung dan kereta terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE