Mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang kereta Toyota Wish namun identitinya masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zakaria Abdul Rahman berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Toyota Wish dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku perlanggaran.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua buah kereta terbakar menyebabkan pemandu dan penumpang Toyota Wish rentung.

“Sementara pemandu dan penumpang kereta yang satu lagi mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE