Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Sazalee Adam berkata, kemalangan pada pukul 11.45 malam itu mengakibatkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal Modenas Kriss, Mohamad Adli Mat Akhir, 20, dari Kampung Paya Kercut, Tikam Batu dan seorang lagi penunggang Honda EX5, Amir Amirullah Nor Azman, 17, dari Taman Semarak Dua di sini maut di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki Mohamad Adli yang dalam perjalanan dari arah Kota Kuala Muda menuju ke Tikam Batu bertembung dengan Amir Amirullah yang tiba-tiba memasuki laluannya.

“Siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat dan kes itu di siasat di bawah Sek. 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE