Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2 maut tersepit, kereta diseret treler

KEADAAN kereta Hyundai XD Elantra yang bertembung dengan sebuah
KEADAAN kereta Hyundai XD Elantra yang bertembung dengan sebuah treler menyebabkan dua orang terkorban di Kilometer 83.5 Jalan Kuantan-Maran dekat Maran, Pahang, semalam. IHSAN BOMBA

KUANTAN 7 Sept. – Seorang pembantu kedai dobi dan rakannya maut selepas kereta jenis Hyundai XD Elantra dinaiki mereka bertembung dengan sebuah tre­ler di Kilometer 83.5, Jalan Kuantan-Maran, berhampiran Bukit Tajau dekat sini hari ini.

Lebih malang, kereta dinaiki mangsa diseret kenderaan berat tersebut sejauh lebih 26 meter sehingga mengakibatkan mereka tersepit dalam kenderaan berkenaan dalam nahas kira-kira pukul 1.35 pagi itu.

Muhammad Fakhrur Razi Abdul Razak, 21, yang memandu kereta berkenaan dan penum­pang hadapan, Nur Qamarina Abdul Rahman, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mazlan Hassan berkata, kemalangan di­percayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa terbabas di bahu sebelah kiri jalan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah treler yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Negeri Sembilan.

“Treler berkenaan cuba memberhentikan kenderaannya berdasarkan kesan tayar namun disebabkan jarak dekat menye­babkan kereta terperosok di bahagian bawah depan kenderaan berat itu.

“Kenderaan tersebut diseret sejauh 26.4 meter ke bahu kiri jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mazlan, mayat ke­dua-dua mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Jengka dekat sini untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut diteruskan me­ngikut Seksyen 41(1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain