Kejadian pukul 6.05 pagi itu menyebabkan dua kematian iaitu pemandu, Salma @ Noraini Adam, 37, dan penumpang di tempat duduk belakang pemandu, Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, 31.

Tunku Alang Reza yang pernah dituduh berkaitan kes dadah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, bulan lalu maut di tempat kejadian manakala Salma  meninggal dunia di unit kecemasan Hospital Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dalam perjalanan dari Mersing menuju ke arah Johor Bahru hilang kawalan ketika melalui tempat kejadian sebelum merempuh tempat menunggu bas.

"Kemalangan tersebut mengorbankan dua nyawa manakala seorang penumpang masih menerima rawatan dan seorang lagi tidak mengalami kecederaan serius.

"Mayat mangsa dihantar je Unit Forensik Hospital Mersing dan waris keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kes kemalangan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE