Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.30 malam itu, dua mangsa di­sahkan maut dikenal pasti sebagai Luk Chung Hee, 48, dan Serafina Forrin Sabbas, 26.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Su­perintenden Alexson Naga Cha­bu berkata, Chung Hee yang memandu kereta jenis Honda Accord bersama Serafina dikatakan sedang menuju ke arah Betong dari Sarikei.

“Pemandu kereta itu dipercayai cuai kerana secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan di kawasan berselekoh di situ meng­akibatkan pertembungan dengan sebuah bas ekspres.

“Impak pertembungan kuat dengan bas ekspres dari Kalimantan Barat, Indonesia itu mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alexson berkata, pemandu bas ekspres bersama 14 penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat kedua-dua mangsa sudah dibawa ke Hospital Saratok untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Sek­syen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.