Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian pukul 6.46 pagi itu dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu lori berusia 48 tahun berkenaan yang cuba memintas sebuah kereta.

“Berikutan itu, lori tersebut bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Gen2 dinaiki dua beranak yang datang dari arah bertentangan.

“Kedua-dua mangsa, Amiruddin Mohamed, 25, dan ibunya, Awa Ismail, 68, meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kece­deraan parah di bahagian kepala manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecedera­an,” katanya dalam satu kenya­taan di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu lori berkenaan yang kini ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, cuaca semasa kejadian adalah baik dengan tempat kejadian merupakan jalan lurus dua hala dengan garisan kembar di tengah.