Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian pukul 3.50 pagi kesemua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari Damansara menuju ke Tol subang sebelum terbabit dalam nahas tersebut.

“Setakat ini seorang lelaki dan seorang wanita disahkan telah meninggal dunia sementara mereka yang mengalami kecederaan di bawa ke Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE