Dalam kejadian berhampiran Hutan Lipur itu, Proton Wira dinaiki dua mangsa bertembung dengan sebuah kereta Toyota sebelum terbabas ke parit di tepi jalan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.30 petang.

"Dua mangsa yang menaiki Proton Wira maut di lokasi kejadian, manakala empat yang menaiki Toyota cedera," demikian menurut kenyataan berkenaan yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, bomba mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan operasi tamat pukul 3.15 petang. - UTUSAN ONLINE