Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2 maut, 3 cedera termasuk bekas ADUN

KeNDERAAN 4WD Toyota Fortune (kiri) milik Mohd. Isa Abu Kasim (gambar kecil) remuk bahagian depan se 2
KENDERAAN 4WD Toyota Fortune (kiri) milik Mohd. Isa Abu Kasim remuk bahagian depan selepas bertembung dengan kereta Toyota Caldina dalam kemalangan meragut dua nyawa di Jalan Kuala Kubu Bharu, Rawang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Kegagalan dua rakan yang menaiki sebuah kereta memotong kenderaan mengakibatkan mereka maut manakala tiga lagi terma­suk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim cedera selepas kendera­an mereka bertembung di Jalan Kuala Kubu Bharu, Rawang dekat sini hari ini.

Nahas kira-kira pukul 9 pagi itu mera­gut nyawa Mohd. Radhi Samsudin, 33, dan Mohd. Khairul Azwan Madon, 30, di lokasi kejadian akibat tersepit dalam kenderaan Toyota Caldina.

Selain itu, tiga lagi mangsa yang cede­ra, Mohd Isa. dan anak, Nurlisa Liyahusna , 20, serta pemandunya, Zaiful Zainal, 44 dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan tersebut berpunca dari kereta Toyota Caldina yang dipandu Mohd. Radhi tidak sempat memasuki laluannya selepas memotong sebuah kenderaan.

Ujarnya, berikutan itu, kenderaan mangsa telah bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Fortune milik Mohd. Isa yang datang dari arah bertentangan.

“Kedua-dua mang­sa yang menaiki To­yota Caldina itu tersepit dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Kenderaan dinaiki Mohd. Isa pula remuk di bahagian hadapan sebelah kanan pemandu dan kesemua mangsa cedera,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu pukul 9 pagi sebelum tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

“Seramai 13 pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat dan pihak bomba mengambil masa hampir 10 minit mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain