Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa terbaharu yang dilaporkan maut ialah seorang wanita, Tan Ah Peoe, 45, yang ditemukan lemas di rumahnya di Jalan Mata Kucing, Air Itam, di sini petang tadi.

Sementara itu, tambahnya, mangsa ketujuh pula ditemukan orang awam tersangkut bersama timbunan sampah di kaunter penjualan tiket Stadium Bandaraya di sini, kira-kira pukul 2.20 petang tadi.

"Mangsa ketujuh dijumpai dalam keadaan tidak berbaju serta tanpa sebarang pengenalan diri dan mayat kedua-dua mangsa kini dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE