Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu Muhammad Tarmizi Atan, 14,(penunggang) dan Muhammad Taufiq, 14, yang sama-sama menaiki sebuah motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, semasa kejadian kedua-dua mangsa yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Semantan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 5 dekat sini.

“Apabila tiba di tempat kejadian motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah pacuan empat roda.

“Akibat kejadian, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zundin, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan masih giat dilakukan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, berdasarkan kepada siasatan awal mendapati kawasan kejadian merupakan jalan dua hala satu lorong yang berselekoh.