Bagaimanapun kebakaran di Jalan Wong Ah Fook di tengah-tengah bandar raya ini tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semasa kejadian kedua-dua kedai itu sudah ditutup termasuk satu daripadanya kosong dan tidak digunakan lagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan pukul 10.36 malam sebelum 16 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran dapat dikawal dan operasi tamat sepenuhnya pukul 12.50 tengah malam tadi. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," demikian menurut kenyataan itu yang dikeluarkan pukul 3.34 pagi ini. - UTUSAN  ONLINE