Bagaimanapun tidak kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku kerana semasa kejadian kedai makan tersebut ditutup manakala premis sebelahnya kosong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Herman Amat berkata, empat anggota dan sebuah jentera dikejarkan bagi memadamkan kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati api sedang marak namun api dapat dikawal sepenuhnya daripada merebak ke premis perniagaan lain dalam masa 10 minit.

“Kebakaran itu melibatkan sebuah kedai makan dan sebuah premis kosong yang musnah terbakar sepenuhnya. Punca kebakaran sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pukul 5.26 pagi dan siasatan akan dilakukan oleh Unit Forensik Bomba Zon Muar. - UTUSAN ONLINE