Mangsa, Mohd. Firdaus M. Nasir, 5, dan kakaknya kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Sementara itu, tiga adik-beradiknya yang lain, Mohd. Faris, 6; Aulia, 3, dan Mohd. Firah 18 bulan turut dirawat di hospital sama.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Mohd. Sufian Mohd. Lis berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 11.21 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, api sudah dipadamkan manakala kediaman dua tingkat itu sudah musnah 50 peratus.

“Kesemua kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital oleh ibu mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE