Nahas berlaku kira-kira pukul 5.20 pagi membabitkan van keselamatan dinaiki kedua-dua mangsa, sebuah treler dan sebuah lori muatan satu tan, kesemuanya dari arah yang sama menghala ke selatan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 5.24 pagi.

“Kedua-dua mangsa mengalamu kecederaan patah kaki dan berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Ketika kejadian van tersebut membawa sejumlah wang syiling dan pihak bomba ketika ini menjalankan kerja-kerja mengutip syiling berkenaan yang bertaburan tidak jauh dari van itu,” katanya sambil memberitahu tiada kecederaan melibatkan pemandu kenderaan lain.

Kemalangan turut mengakibatkan laluan lebuh raya menghala ke selatan sesak sejauh kira-kira satu kilometer selepas keluar hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh berikutan hanya satu lorong dibuka. - UTUSAN ONLINE