Lim Eng Hok
Lim Eng Hok

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, pemandu Nissan X-Trail, Lim Jhin Soon, 28, dan bapanya, Lim Eng Hok, 74, mati di tempat kejadian.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, siasatan awal mendapati tayar belakang kenderaan dinaiki dua beranak itu tiba-tiba pecah sehingga mengakibatkan SUV itu terbabas ke parit di sebelah kiri jalan.

"Mayat dua beranak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian sama ada lemas atau akibat faktor lain," katanya, di sini sebentar tadi.

Abdul Wahib berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE