Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati, lori dipandu seorang lelaki berusia 63 tahun dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal yang berada di laluan sama.

“Lori tersebut dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan dan tidak sempat mengelak kereta dinaiki keluarga tersebut lalu bertembung dengannya.

“Kenderaan berat itu terbalik ke bahu jalan sebelah kanan dan pada masa sama sebuah lagi kereta dari arah belakang merempuh lori tersebut tetapi pemandu dan semua penumpang tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Mayat dua beranak berkenaan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini untuk proses bedah siasat dan mereka yang cedera dirawat di hospital sama. -UTUSAN ONLINE