Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

19 penumpang cedera, bas rempuh belakang treler

Bas rempuh belakang lori
KEADAAN bas ekspres dua tingkat yang merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA KANGSAR 24 Feb. - Seramai 19 penumpang cedera termasuk lima parah selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 2.30 pagi itu, mangsa yang parah terdiri daripada penumpang wanita antaranya patah kaki.

Difahamkan, ketika kejadiann bas berkenaan dalam perjalanan dari Kangar, Perlis ke Klang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Khairi Anuar Shaharuddin berkata, operasi menyelamat mangsa dilakukan sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.35 pagi.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati sebahagian penumpang yang cedera ringan telah keluar daripada bas manakala yang cedera parah masih berada di dalam bas.

“Penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain