Bagaimanapun, hanya seorang daripada mereka iaitu wanita berusia 38 tahun, cedera di kaki kiri dan terpaksa dibawa turun dengan menaiki helikopter bagi mendapatkan rawatan di Hospital Tapah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 4 petang sebelum menggerakkan operasi dan menyelamat.

"Kumpulan pendaki ini dijumpai di kawasan gunung. Selain seorang yang cedera, kesemua baki pendaki ini dijangka tiba pada pukul 1 pagi ini dengan berjalan kaki turun dari Gunung Batu Putih ke Kuala Woh.

"Kumpulan pendaki ini adalah dari Bumi Hijau Hiking Club, Wangsa Maju Kuala Lumpur," katanya di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Abd. Rahman Ibrahim memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.45 tengah hari.

Katanya, kesemua 18 mangsa itu terdiri daripada 12 lelaki dan enam orang wanita. - UTUSAN ONLINE