Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintenden Mohd. Nor Mohd. Isa berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.35 tengah malam tadi.

"Bas yang membawa seramai 32 penumpang itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke kiri jalan menuju ke Mersing.

"15 penumpang yang cedera telah mendapat rawatan di Hospital Mersing manakala tiga yang lain mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Nitar 1, di sini," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE