Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mereka yang parah terdiri daripada lima lelaki dan sembilan perempuan manakala 15 penumpang lain pula cedera ringan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Deputi Superintenden Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, kemalangan berlaku melibatkan bas ekspres membawa 29 penumpang dan sebuah treler muatan kotak kosong.

Katanya, semasa sampai di tempat kejadian, bas tersebut hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang treler berkenaan.

"Pelanggaran itu mengakibatkan 16 orang termasuk pemandu bas parah manakala 14 penumpang lain cedera ringan. Kesemua mereka dihantar ke hospital bagi mendapat rawatan kecemasan.

"Kemalangan itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 13 kilometer," katanya. - UTUSAN ONLINE