Kebakaran yang bermula pada pukul 2 petang ini merebak dengan cepat disebabkan kedudukan rumah di situ yang berdekatan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Hamsa Isnurdini ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.17 petang sebelum enam buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Lintas dengan kekuatan sebangak 42 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Api berjaya dikawal daripada merebak pada pukul 3.52 petang dan setakat ini, kita masih melakukan pemeriksaan menyeluruh mengenai jumlah sebenar rumah yang musnah dalam kebakaran berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku tetapi siasatan masih dijalankan,” katanya. - UTUSAN ONLINE