Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Muhamad Hafidz Yaacob berkata, kejadian berlaku pada pukul 2 pagi dan pihaknya menerima panggilan kecemasan lapan minit kemudian.

“Sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan, sebanyak 57 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

DEPOH Simpanan Kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Chan Sow Lin terbakar sehingga mengakiba

DEPOH Simpanan Kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Chan Sow Lin terbakar sehingga mengakibatkan kira-kira 150 kereta musnah dalam kejadian awal pagi semalam.  - UTUSAN ONLINE

“Ketika tiba, kita mendapati api sedang marak membakar kawasan depoh berkenaan yang menempatkan kereta lupus. Bagaimanapun, kebakaran dapat dipadamkan tiga jam kemudian iaitu kira-kira pukul 4.53 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Hafidz, siasatan mendapati kebakaran melibatkan keluasan kira-kira 2,800 meter persegi dan lebih 150 buah kereta musnah dalam kejadian itu.

DEPOH Simpanan Kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Chan Sow Lin terbakar sehingga mengakiba
 

Jelasnya, punca kebakaran masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE

DEPOH Simpanan Kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Chan Sow Lin terbakar sehingga mengakiba