Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kemalangan pada pukul 5.30 pagi itu menyebabkan 12 penumpang bas ekspres cedera, pemandu bas dan pemandu treler.

Katanya, pemandu dan kelindan lori yang membawa kertas tidak mengalami kecederaan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan ini pada 5.41 pagi.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dan semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh,” katanya. - UTUSAN ONLINE